

Bantuan Prihatin Rakyat baru sahaja diumumkan. Permohonan dan kemaskini telah dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.
Apakah kategori kelayakan bagi Permohonan BPR 2021?
Kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:
Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai
anak; atau
c) Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60
tahun dan ke atas
.
Bujang
a) Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
tidak mempunyai anak; dan
b) Had umur:
-21 tahun hingga 59 tahun; atau
– 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baru adalah:
Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Sila klik pautan https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
Untuk maklumat lanjut anda boleh ke web rasmi LHDN berikut :;